Atlet menembak negara, Johnathan Wong, terpaksa akur dengan pingat perak acara 10 meter air pistol selepas diatasi peserta pilihan dari Vietnam, Hoang Xuan Vinh, dalam Kejohanan Menembak Asia Tenggara (SEASA) Ke-41 di Lapang Sasar Subang, hari ini.
Penyertaan Xuan Vinh dalam edisi kali ini mencuri tumpuan susulan kejayaannya memenangi emas acara berkenaan dalam Sukan Olimpik Rio 2016.
Awal saingan menyaksikan permulaan cemerlang wakil negara, iaitu Johnathan serta Choo Wen Yan.
Mereka saling bersaing hebat sehingga ke pusingan penyingkiran sebelum Xuan Vinh mula mempamerkan kemampuannya.
Bidikan konsisten membantu Xuan Vinh untuk merampas teraju pendahulu dan dia tidak lagi menoleh ke belakang untuk meraih emas dengan catatan 239.8 mata.
Johnathan menamatkan saingan di kedudukan kedua, diikuti Wen Yan, namun gangsa diberikan kepada penembak Singapura, Lim Swee Hon.
"Persembahan saya pada hari ini lebih baik daripada aksi sebelum ini.
"Saya boleh nampak peningkatan prestasi saya, namun masih ada lagi aspek yang perlu diperbaiki seperti ketika melepaskan tembakan, saya mengambil masa yang panjang.
"Itu mungkin satu kelemahan kerana ia melibatkan kekuatan mental," ujar Johnathan.
Dalam pada itu, Mohd Lutfi Othman menamatkan kempen dalam Kejohanan SEASA kali ini dengan satu lagi pingat.
Dia meraih gangsa dalam acara 50 meter rifle tiga posisi meskipun menduduki tempat keempat.
Saingan itu dimenangi peserta Filipina, Jayson Valdez, dengan kutipan 448.1 mata, disusuli dua penembak Vietnam, Nguyen Van Quan serta Phung Le Huyen.
Sebelum ini, Lutfi mencipta kejutan dengan meraih emas dalam acara 100 meter air rifle dengan mengatasi rakan senegara, Ezuan Nasir Khan.
"Di peringkat kelayakan, permulaan saya agak kurang bagus sebelum saya berjaya bangkit.
"Dalam aksi final pula, berlaku sedikit kesilapan teknik dalam persembahan saya di penghujung saingan.
"Saya berusaha untuk mengejar kedudukan tetapi gagal.
"Namun, saya tetap berpuas hati dengan prestasi saya dalam saingan akhir ini," ujarnya.