SUKAN SEA
Pertahan emas bukti wibawa skuad polo
Skuad polo negara membuktikan kewibawaannya dengan mempertahankan pingat emas dalam Sukan SEA Filipina apabila menewaskan pasukan tuan rumah itu, 7-5.5 di Padang Polo Inigo Zobel semalam.
Kejayaan itu jelas memberikan memori manis buat skuad negara selepas melakar kejayaan sama dalam edisi di Kuala Lumpur pada 2017
"Kemenangan ini amat-amat penting kerana keputusan untuk menyertai temasya ini dibuat pada saat-saat akhir.
Iklan
"Kami sedar beraksi menggunakan kuda sewaan memberikan kami kekurangan dan memenangi pingat emas ini telah membuktikan keyakinan kami terhadap kekuatan sendiri dan bermain dengan sepenuh hati," kata kapten skuad negara, Shaik Reismann Ismail.
Kejayaan dalam final itu turut menyaksikan skuad negara melunaskan dendam selepas tewas kepada lawan sama itu dalam perlawanan peringkat awal.
"Sebagai kapten, ia merupakan detik paling membanggakan buat saya.
"Ia perasaan yang luar biasa dan tidak dapat diungkapkan.
"Ia seperti mimpi jadi kenyataan," tambahnya.
Must-Watch Video