Skip to main content

Sukan Lain

Persediaan rapi, berkualiti mampu bawa Hakim Danish ke kancah Moto3, kata jurulatih

hakimdanish.jpg
Jurulatih pembangunan Sepang International Circuit (SIC), Zulfahmi Khairuddin, menganggap tempoh dua tahun sebagai persediaan mantap demi kemunculan kali pertama di Moto3.

Perubahan peringkat umur untuk kemunculan di Moto3 memberi ruang yang cukup sempurna buat Hakim Danish Ramli yang baru sahaja melakar pencapaian hebat di Asia Talent Cup (ATC) pada usia 15 tahun.

"Hakim berada di laluan terbaik, berusia 15 tahun menjuarai Asia Talent Cup dan beraksi dalam kejohanan akan datang, ia menjadikan perjalanan yang baik untuk dia membuat persiapan sebelum ke kancah Moto3" kata Zulfahmi.

"Ini merupakan peluang terbaik Hakim membentuk serta membuat persiapan bagi kariernya dalam arena permotoran."

Segalanya perlu bermula di sekarang, Hakim bakal beraksi di Redbull MotoGP Rookies Cup bagi lapan pusingan perlumbaan di peringkat Eropah sebagai pendedahan seterusnya demi mencapai sasaran penampilan di Moto3 pada 2024.

Tegas Zulfahmi, jika merujuk kepada laluan Hakim di kini di trek terbaik namun ia harus disusuli dengan kejayaan demi kejayaan yang telah disasarkan.

"Dalam permotoran, kita boleh membuat perancangan, perkara paling penting adalah persiapan yang baik, lebih sengit bagi meningkatkan kualiti Hakim kerana saingan di pentas Eropah sangat sengit."

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found