Skip to main content

Hoki

Persediaan enam bulan berhasil

220517-aidil-shah.jpg
Penjaga gol Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Thunderbolt, Muhammad Aidil Md Shah, telah bersiap sedia selama hampir enam bulan untuk menghadapi Piala TNB Liga Hoki Remaja Malaysia.

Ternyata persediaan setengah tahun itu berhasil apabila dia menjadi watak penting SSTMI ketika menewaskan Akademi Hoki Pahang Thunderbolt 4-3 menerusi penentuan pukulan penalti.

Penjaga gol berusia 18 tahun ini tampil cemerlang ketika penentuan pukulan penalti selepas perlawanan selama 60 minit itu berkesudahan terikat 2-2.

Aidil berjaya menafikan percubaan Mohd Hafiz Amin Hafidz dan Mohd Nor Firdaus Rosdi, sekaligus membolehkan SSTMI pulang membawa kemenangan.

"Saya sangat bangga walaupun hampir cedera ketika peringkat awal tetapi dapat bangkit," katanya.

Sementara itu, jurulatih SSTMI, Wan Roslan Wan Rahman, menyifatkan kemenangan ini adalah hasil usaha gigih pemain-pemainnya.

"Apa yang saya nampak, kami gagal memanfaatkan peluang untuk mencapai kejuaraan lebih awal, namun pasukan kami ternyata masih yang terbaik," katanya.

"Pasukan kami masih yang terbaik, pemain masih cergas dan bertenaga sehingga ke wisel penamat."

Kemenangan ini adalah kejuaraan keenam buat SSTMI, sekaligus menebus kekecewaan dalam liga apabila sekadar di tempat kedua.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video