Kejayaan skuad hoki negara menjuarai Kejohanan Jemputan Empat Negara di Sepanyol meningkatkan persaingan merebut tempat ke playoff kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, November depan, terutama membabitkan pemain yang mengalami kecederaan seperti penyerang, Firhan Ashaari.
Prestasi hebat di Eropah itu meningkatkan keyakinan bahawa Malaysia berpeluang layak ke Sukan Olimpik Tokyo.
Dalam proses itu, ketua jurulatih negara, Roelant Oltmans, menguji beberapa pemain baru untuk membentuk skuad terbaik menghadapi play-off kelayakan Sukan Olimpik.
Antara yang dibawa ke Eropah ialah penjaga gol, Andrian Andy Albert, Muhammad Noor Firdaus Rosdi (pertahanan) dan Akhimullah Anuar Esook (penyerang).
"Kami dapat melihat pemain-pemain muda negara semakin matang selepas hampir enam bulan bersama pasukan. Persembahan mereka semakin meningkat dan persaingan dalam pasukan adalah sesuatu yang harus diberi keutamaan," kata Firhan yang sedang menjalani rawatan pemulihan pembedahan lutut.
Beberapa pemain senior lain turut direhatkan seperti penjaga gol, Mohd Hairi Abd Rahman, dan Mohd Haziq Shamsul (penyerang) ekoran kecederaan.
Malaysia dijadualkan bertemu juara dunia, Belgium, dan naib juara dunia, Belanda, untuk aksi persahabatan terakhir sebelum pulang ke tanah air, Isnin depan.