Selepas memperoleh tiga mata sulung musim ini di Argentina, Khairul Idham Pawi tiba di Amerika Syarikat minggu ini dengan harapan untuk meneruskan aksi memberangsangkan dalam Kelas Moto2 dalam perlumbaan motosikal Grand Prix Amerika.
Bagaimanapun, kemalangan dalam bahagian penentuan sesi Latihan Bebas 2 di Circuit of the Americas (COTA) mengakibatkan kesukaran untuk dia menyasarkan kedudukan lebih tinggi daripada kedudukan ke-22, semalam.
“Latihan Bebas 1 berjalan dengan baik, terutama di penghujung kami mampu merapatkan ke kedudukan 14 teratas. Pada permulaan Latihan Bebas 2, saya mampu mencecah kedudukan 15 teratas tetapi saya kemalangan apabila cuba memperbaiki catatan masa dan tidak mampu meneruskannya.
Kemalangan itu disebabkan satu bonggol di litar, yang menyebabkan saya hilang kawalan tayar belakang. Saya cuba menyelamatkan keadaan tetapi ia adalah mustahil. Perkara paling penting bagi saya ialah untuk mencuba lagi esok,” kata pelumba berusia 20 tahun itu.
Khairul Idham berkata dia berasa sakit di bahagian belakang dan berharap keadaannya akan bertambah baik dan diharap cuaca juga baik pagi esok.
Menurut pasukan itu dalam laman sesawang rasminya, pelumba Malaysia itu menyudahkan 15 pusingan dalam Latihan Bebas 1, mencatat masa terbaik 2 minit 13.032 saat yang membolehkan dia berada di kedudukan ke-18 dalam sesi itu.
Pada tengah hari, Khairul Idham mampu menurunkan catatan masa dalam Latihan Bebas 1 lebih daripada 0.7 saat tetapi kemalangan pada selekoh keenam dalam minit-minit terakhir sesi itu membantutkan peningkatan pelumba Petronas Sprinta Racing itu.
Dia berada di kedudukan ke-15 semasa kemalangan itu dan tidak dapat menyertai sesi seterusnya, menyebabkan kedudukannya turun ke tempat ke-22.
Bagaimanapun, Khairul Idham disahkan cergas dan akan meneruskan tunggangannya dalam Latihan Bebas 3 dan pusingan kelayakan.
Sementara itu dalam Kelas Moto3, pelumba Petronas Sprinta Racing, Ayumu Sasaki dari Jepun dan John McPhee dari Britain menamatkan pembukaan Grand Prix Amerika di kedudukan 15 teratas.
Selepas menamatkan dua sesi latihan, Sasaki berada di tangga kesembilan dengan masa 2:17.656s sementara McPhee di kedudukan ke-12 dengan catatan masa terbaiknya 2:17.737s.
-- BERNAMA