Berbasikal sejauh 120 kilometer pada waktu malam akan menjadi tarikan utama buat 4,300 pelumba amatur dalam Perlumbaan Berbasikal Waktu Malam Lebuh Raya LEKAS 2019, Julai depan.
Tumpuan edisi kali ini adalah untuk memupuk semangat berdaya saing antara peserta sambil meraih pengalaman berharga dengan menunggang basikal di lebuh raya pada waktu malam.
Dalam edisi keenam dengan kerjasama kumpulan perbankan RHB kali ini, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Perbadanan IJM Berhad, Datuk Soam Heng Choon, menyasarkan 4,300 penyertaan.
Acara itu terbuka kepada pelbagai peringkat umur dengan jarak aksi kompetitif bermula dari 12 hingga 120km.
"Ia bukanlah tentang jumlah penyertaan peserta semata-mata.
"Kami hanya menjangkakan 4,300 penyertaan, namun ia akan memberikan kualiti dan pengalaman buat semua yang terlibat.
"Kebanyakan yang menyertainya adalah peserta yang pernah menyertai kejohanan ini sebelum ini," katanya.
Sementara itu, Pengarah Teknikal Perlumbaan Berbasikal Waktu Malam Lebuh Raya LEKAS, Albertt Leong, akan memastikan keselamatan peserta terjamin dengan penutupan lebuh raya itu selama 10 jam.
"Bagi menjamin keselamatan setiap peserta, kami akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Selangor dan Negeri Sembilan.
"Kami akan memastikan setiap laluan ditutup dan tahap keselamatan peserta terpelihara," katanya.