Skip to main content

Sukan Lain

Perak pamer aksi bertenaga

Perak mempamerkan persembahan bertenaga ketika menumbangkan Perlis 27-15 dalam aksi suku akhir Piala Agong 2016 yang berlangsung di padang Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, pada Ahad.

Separuh masa pertama menyaksikan Perak menguasai permainan dengan menyempurnakan dua try dan satu conversion serta penalti menerusi Veniona Vukinaugauna dan Mohd Faisal Md Tahir untuk mendahului 15-0.   

Bersambung dalam babak kedua, Perlis mempamerkan kebangkitan dan cuba merapatkan jurang kepada 15-7 apabila memperoleh try melalui Amirul Mukminin Amizan dan conversion oleh Badrul Hisham Badri. 

Sejurus selepas itu, Perlis terus menghambat apabila memperoleh penalti dan Nazuridin Abd Latif tidak berdepan sebarang masalah untuk menjadikan kedudukan 15-10 

Perak terus memadamkan sisa perjuangan Perlis apabila menyempurnakan dua try dan satu lagi conversion untuk menoktahkan kejayaan 27-15, masing-masing disempurnakan oleh Vukinaugauna dan Syarif Nurhidayah.

Jurulatih Perak, Nazeer Nesharah, berkata masih ada beberapa perkara yang harus dilakukan oleh Perak sebelum menghadapi perlawanan seterusnya.

“Kami bersyukur untuk mara ke peringkat separuh akhir tetapi masih banyak lagi perkara yang harus dilakukan untuk memperbaiki permainan kami,” kata Nazeer.

Sementara itu, pengendali Perlis, Noorazam Mohammad, memuji semangat yang ditonjolkan oleh pemain-pemainnya.

“Walaupun memiliki beberapa kekangan yang dihadapi pasukan, kami telah memberikan tentangan dan berjaya mara sehingga ke suku akhir. Saya amat bersyukur melihat pemain memberikan komitmen yang sangat tinggi,” jelas Noorazam.

Advertisement

Must Watch Video