Skip to main content

Sukan Lain

Perak jadi sasaran Al-Jufferi di China

al-jufferi.jpg
Pesilat negara, Mohd Al-Jufferi Jamari, menumpukan perhatian terhadap persiapan menghadapi Kejohanan Silat Antarabangsa Terbuka Malaysia 2019, Jun depan, sambil perlu sekurang-kurangnya meraih pingat perak dalam Kejohanan Asia di China, hujung tahun ini.

Selepas empat bulan dibelenggu kecederaan otot,  Al-Jufferi bakal kembali ke gelanggang kompetitif bagi memenuhi petunjuk prestasi utamanya (KPI) selepas gagal menyertai saingan di Bangladesh dan Terbuka Belgium.

Ia merupakan peluang terakhir buat juara dunia 2016 itu untuk memenuhi KPI tahun ini memandangkan dia tidak akan menyertai Sukan SEA Filipina 2019 -- dari 30 November hingga 11 Disember depan -- buat julung kalinya selepas tuan rumah hanya menyenaraikan lima kategori yang menyaksikan kelas E Putera tidak akan dipertandingkan. 

Ia menimbulkan kekhuatiran terhadap prestasinya yang dianggap belum mampu memberikan penampilan terbaik di China pada 18 Disember depan.

Lantas, Al-Jufferi mengakui perlu menggandakan usahanya dengan menganggap Indonesia sebagai penghalang utama untuk meraih perak dalam saingan kompetitif terakhir tahun ini.

"Insya-Allah dalam Kejohanan Asia kelak, saya akan berdepan cabaran lawan yang biasa saya temui seperti Indonesia, Singapura dan Vietnam.

"Jadi, agak sukar untuk mengekalkan prestasi memandangkan saya juga sudah lama tidak bertarung," katanya.

Sementara itu, Al-Jufferi yang enggan terlepas kejohanan penting musim depan turut memberi tumpuan kepada Kejuaraan Silat Antarabangsa Terbuka Malaysia yang juga merupakan kelayakan Kejohanan Silat Dunia 2020.

Dalam masa sama, dia berpeluang menguji tahap persediaannya apabila bakal berdepan juara Kejohanan Silat Kebangsaan Ke-19. 

"KPI menetapkan saya perlu terbabit dalam pemilihan skuad kebangsaan dengan juaranya akan bertemu saya.

"Sesi itu juga mungkin diadakan selepas Hari Raya Puasa dan ia penting. Ini bermakna juara kebangsaan akan menentang saya," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video