Skip to main content

Sukan SEA

Penyerahan api obor: Penganjur jamin venue sempat siap

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

obor-api.jpg
Ketua Pegawai Operasi Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina (PHISGOC), Ramon Suzara, menolak kebimbangan mengenai persiapan temasya itu berikutan 10 peratus venue masih belum siap sepenuhnya, 57 hari sebelum saingan bermula.

Kemelut dalaman PHISGOC selain tuduhan rasuah membayangi persiapan Sukan SEA Filipina bulan depan. 

Ia sepatutnya menjadi temasya terbesar apabila membabitkan 56 jenis sukan dengan dana RM1.3 billion yang diperuntukkan Kerajaan Filipina.

"Ia sudah siap 90 peratus, Filipina pasti sudah bersedia pada 1 November depan. 

"Kami menjamin bahawa pihak penganjur akan mengatasi segala hal di luar jangkaan untuk memastikan temasya sudah bersedia," katanya. 

Namun, jawatankuasa berkenaan dihimpit kebimbangan mengenai kelewatan menyiapkan venue dan kemudahan berikutan kehangatan temasya kian terasa apabila Malaysia menyerahkan api obor kepada PHISGOC di Bukit Jalil, hari ini.  

Malah, masalah teknikal ketika proses pemindahan terbabit turut mencuri tumpuan. 

Advertisement

Must Watch Video