Skip to main content

Sukan Lain

Peningkatan prestasi Sepanyol, Belgium buat Dhaarma bimbang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

060617dhaarmaraj.jpg
Jurulatih hoki wanita negara, Mohamad Dhaarma Raj Abdullah, gusar melihat peningkatan dua pasukan di Kumpulan B, Belgium dan Sepanyol yang berjaya mengatasi dua gergasi dunia, England dan Itali dalam aksi persahabatan pada Ahad lalu.

Belgium mahupun Sepanyol merupakan pasukan sasaran Malaysia yang hanya memerlukan satu kemenangan sahaja untuk layak ke Piala Dunia 2018.

Namun, prestasi semasa dan kejayaan mereka menundukkan England dan Itali membuatkan Dhaarma bimbang memikirkan kekuatan sebenar yang dimiliki kedua-dua pasukan ini.

Dalam aksi persahabatan Ahad lalu, Belgium  mengatasi Itali dengan kemenangan 2-0 manakala Sepanyol mencipta dua kemenangan daripada tiga aksi persahabatan dengan
England yang merupakan pasukan ranking kedua dunia.

"Belgium dan Sepanyol mempamerkan persembahan yang mantap ke atas lawan masing-masing dan ia telah mencemaskan kami. Tetapi saya berharap Malaysia mampu mencipta kejutan," kata Dhaarma.

Jika dilihat pada kedudukan ranking dunia, Belgium kini menduduki tangga ke-14 manakala Sepanyol di tangga ke-10, 12 tangga mengatasi Malaysia yang berada di kedudukan
ke-22 dunia.

"Ternyata Malaysia adalah pasukan yang kerdil bagi saingan Liga Hoki Dunia kali ini, tetapi ia tidak mematahkan semangat pemain-pemain dalam usaha meraih kejayaan."

Advertisement

Must Watch Video