Skip to main content

Hoki

Pengorbanan skuad hoki wanita negara pada bulan Ramadan

15517hokiwanita.jpg
Jurulatih skuad hoki wanita, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, membuat pertukaran pelan latihan ke sebelah malam ketika bulan puasa nanti bagi menyesuaian keadaan dengan perbezaan masa dalam kelayakan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Belgium.

Menjelan bulan Ramadan yang hampir tiba, Dhaarma tidak mahu membebankan anak buahnya dengan menjalani sesi latihan seperti kebiasaan.

Namun, tuntutan latihan daripada Dhaarma bermula malam sebelum disambung semula ke awal pagi dan tamat sebelum waktu sahur.

Hal ini sekurang-kurangnya mampu memberikan kelebihan untuk anak buahnya menjalani ibadah puasa tanpa halangan selain ia juga membantu untuk skuad negara menyesuaikan diri dengan keadaan di Belgium yang memiliki perbezaan waktu lewat enam jam daripada waktu Malaysia.

"Kami membuat keputusan untuk berlatih pada waktu malam untuk menyesuaikan diri dengan perbezaan masa Malaysia dan Belgium," katanya. 

Dhaarma dan anak buahnya berada dalam persediaan terbaik daripada segi latihan sebelum berlepas ke Amsterdam terlebih dahulu untuk tiga aksi persahabatan, termasuk dengan pasukan di ranking ke-16 dunia, Itali, sebelum ke Belgium pada 18 Jun hadapan.

"Pemain-pemain akan meneruskan latihan selepas waktu berbuka puasa dan menjalani latihan padang sebelum sahur. Setiap latihan masih dijalankan seperti biasa, cuma waktu latihan yang sedikit berbeza."

Advertisement

Must Watch Video