Skip to main content

Sukan Lain

Pengarah baru Program Podium ditentukan selepas post-mortem -- Syed Saddiq

asiana-saddiq_1.jpg

Pelantikan pengarah baru Program Podium hanya akan ditentukan selepas selesai bengkel post-mortem program itu, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Katanya beliau mahu mendengar syor bengkel itu yang bersidang selama dua hari bermula hari ini sebelum membuat keputusan. 

“Mengenai jawatan tersebut, sabar dulu sebab saya nak dengar jawapan post-mortem dahulu. Kalau saya beri jawapan sekarang, saya tidak adil kepada jawatankuasa. 

Advertisement

“Biar mereka kemukakan cadangan dan tindakan akan diambil selepas itu,” katanya  kepada  pemberita  pada Majlis Pelancaran Kejuaraan Mini Cub Prix di kementeriannya hari ini.

 Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pengganti Tim Newenham yang meletak jawatan sebagai Pengarah Program Podium kira-kira seminggu lalu berikutan kegagalan program itu mencapai sasaran dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang dan Sukan Komanwel Gold Coast tahun ini yang menyebabkan beliau dikritik pelbagai pihak termasuk oleh Syed Saddiq sendiri. 

Program Podium yang menelan belanja RM67 juta bagi kegunaan atlet dan jurulatih, latihan dan pertandingan, termasuk elaun dalam tempoh dua tahun, disasarkan membantu Malaysia berada dalam kelompok 10 teratas dalam dua temasya besar itu dengan kemuncaknya memenangi pingat emas pertama  dalam Sukan Olimpik 2020 di Tokyo. 

Dalam Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu,  Malaysia menamatkan kempen di kedudukan ke-12 selepas sekadar meraih tujuh pingat emas manakala dalam Sukan Asia bulan lalu, kontinjen negara berada di tangga ke-14, juga dengan kutipan tujuh pingat emas. 

-- BERNAMA

Imej: Asiana

Must Watch Video