Penganjuran Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) melewati perubahan ketara apbila tempoh waktu kejohanan selama dua minggu pada kebiasaannya dipendekkan kepada lapan hari sahaja bagi penganjuran kali ini.
Edisi keempat SUKIPT akan berlangsung dari 2 hingga 10 Februari di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, dan pendekatan ini adalah kali pertama diperkenalkan sepanjang penganjurannya sejak 2012.
Secara jelas, kontinjen tuan rumah, UKM, menjangkakan jadual yang padat, namun ia menjurus kepada kepenatan atlet yang bersaing melebihi satu acara.
Bagaimanapun, apa yang positif adalah perubahan ini diterima mudah kontinjen lain merujuk kepada pengurangan peruntukan sekiranya tempoh saingan dikurangkan.
"Bila kurang hari penganjuran, maka bajet juga boleh dikurangkan.
"Kami mendapat maklum balas yang baik. Walaupun tempoh penganjurannya singkat, kami cuba merenggangkan jadual acara agar atlet dapat mengembalikan kecergasan bagi mengelak kecederaan," kata Setiausaha SUKIPT, Farid Dewan.
Sementara itu, wakil atlet UKM bagi sukan berbasikal, Noraidilina Adila J.Sam, melihat SUKIPT sebagai medan terbaik untuk persaingan yang sihat memandangkan penyertaan atlet turut membabitkan atlet kebangsaan dan juga peringkat negeri.
"Matlamat setiap peserta adalah berbeza. Atlet kebangsaan, misalnya, pasti akan memberi tumpuan untuk memecah rekod kejohanan.
"Bagi atlet di peringkat negeri pula, mereka mahu menggunakan SUKIPT ini untuk layak ke kejohanan di peringkat Asia mahupun Komanwel," katanya.