BERITA SUKAN AM
Penganjuran Sukan Komanwel: Ini pilihan netizen
Menerusi undian yang dijalankan selama satu jam, 50.8 peratus pengikut laman X Astro Arena memilih setuju untuk Malaysia menjadi pengganti tuan rumah bagi Sukan Komanwel 2026 selepas Victoria menarik diri sebagai penganjur tahun lalu.
Secara keseluruhan, pemilihan Malaysia untuk menjadi penganjur Sukan Komanwel dilihat seimbang apabila 49.2 memilih tidak bersetuju.

Malaysia ditawar jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026Setuju atau tidak? Kongsikan pandangan anda di ruangan komenā ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 11, 2024
Iklan
Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel adalah pada 1998 dan pada ketika itu, Malaysia menamatkan kempen di tangga keempat dengan 10 pingat emas, 14 perak dan 12 gangsa.
Australia muncul juara keseluruhan dengan 80 emas, 61 perak dan 57 gangsa manakala England di tangga kedua, 36 emas, 47 perak dan 53 gangsa. Kanada di tangga keempat dengan 30 emas, 31 perak dan 38 gangsa.
Must-Watch Video