Skip to main content

Sukan Lain

Penganjuran saingan B-14 buka mata LTAM

tenis.jpg
Penganjuran kejohanan berstatus elit bagi saingan B-14 tahun di bawah kalendar Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) membuka mata Malaysia untuk memperkasakan program remaja negara.

Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) bekerjasama rapat dengan ITF bagi penganjuran aksi berpasukan B-14 tahun kelayakan zon Asia-Oceania.

Kejohanan itu berakhir dengan saingan perempuan hari ini selepas aksi lelaki membuka tirai 1 April lalu.

Untuk Malaysia, tidak ada penampilan daripada skuad lelaki sementara wakil perempuan menamatkan kempen di kedudukan ke-11 daripada 16 negara bertanding.

"Perbezaan tidak terlalu ketara di antara pemain negara dan luar negara, cuma aspek teknikal di atas gelanggang.

"Penganjuran saingan ini meningkatkan lagi potensi skuad tenis negara untuk mara lebih jauh pada masa akan datang," kata Setiausaha Kehormat LTAM, Rahizam Rahim. 

Advertisement

Must Watch Video