Kejohanan Ragbi Liga MSNS-KRS 2025 mampu membuka lembaran buat senario ragbi di Malaysia dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, Mohamad Nizam Marjugi, melahirkan kekagumannya dengan sambutan kejohanan ini.
"Kami perlu cari lebih bagus untuk ragbi.
"Komuniti kami ramai tapi kasihan melihat penyokong yang datang terpaksa bawa kerusi sendiri.
"Kami sudah ada kelompok peminat dan pesertanya, (malah) tahun ini ada kategori perempuan.
"Kami harap MSN teruskan kejohanan ini sampai bila-bila," kata Nizam.
KL Tigers Rugby FC mencipta sensasi apabila mengekalkan status selaku juara bertahan yang diadakan di Padang Astaka, Petaling Jaya, dengan menewaskan Cobra 23-15, petang tadi.
Kapten KL Tigers, Ryan James Long, berkata ia bukanlah satu perlawanan yang mudah bagi skuad tersebut membenam cabaran lawan atas kegagalan sendiri dalam mengekalkan komposisi hingga memberi ruang kepada lawan untuk kembali mengasak dan merapatkan kedudukan.
Bagaimanapun, jarak mata yang agak jauh itu membolehkan KL Tigers terus berada di hadapan dan kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat menyaksikan kejayaan bermakna mengulangi pencapaian edisi lalu.
"Kami melakukan beberapa kesilapan selain mengutip kad kuning atas kesilapan disiplin.
"Kami berseronok dalam permainan ini tetapi Cobra tidak memberikan jalan mudah," katanya pula.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Fahmy Abd Jalil, menegaskan kejohanan sebegini memberi impak besar dengan kehadiran pemain import selain turut menzahirkan penghargaan tidak terhingga kepada inisiatif Kesatuan Ragbi Selangor dalam penganjuran berprestij ini.
"Kami gembira berdasarkan kehadiran penyokong.
"Ia satu impak yang bagus untuk merancang sesuatu buat pasukan ragbi 15's atas kehadiran pemain ekspatriat KL Tigers.
"Kami harap dapat rangka sesuatu," kata Fahmy.