Skip to main content

Hoki

Penganjuran Kejohanan Hoki Piala Mirnawan medan lahirkan pelapis hoki negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mirna.jpg
Saingan Kejohanan Hoki Piala Mirnawan 2025 kembali dianjurkan buat tahun keempat melibatkan enam pasukan lelaki serta lima skuad wanita B-18 tahun daripada empat negara iaitu Malaysia, Jepun, Afrika Selatan dan Australia.

Edisi kali ini, format perlawanan yang sama masih dikekalkan, bermula dengan pusingan 'round robbin', dua pasukan teratas akan mara ke perlawanan akhir manakala penghuni tempat ketiga dan empat bakal bersaing dalam penentuan pingat gangsa.

Selain kejohanan anjuran Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) dibawah seliaan Majlis Sukan Negara (MSN) ini, beberapa acara lain turut diadakan seiring dengan pertandingan tersebut termasuk forum serta klinik hoki bagi mengasah bakat muda baru dalam sukan tersebut.



Saingan akan bermula daripada 2 sehingga 9 November depan menyaksikan skuad lelaki negara diwakili dua pasukan -Malaysia Speedy dan Malaysia Tiger- dengan Malaysian Tigers wakil tunggal bagi kategori wanita.

"Kami mengadakan program ini agar boleh mencari bakat baru, dalam hoki tiada kekurangan bakat tetapi kami perlu mencari lebih banyak bakat dalam hoki.

"Kami berharap Pihak Kejayaan meneruskan program ini kerana membantu dalam mencungkil bakat." katanya.
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video