Skip to main content

Permotoran

Penganjuran kali pertama MAM Malaysia Festival of Speed 2024 berjaya capai matlamat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mam.jpg
Pengurus acara MAM Festival Of Speed Malaysia 2024, Datuk Mohammed Rhiza, berpuas hati dengan kejayaan penganjuran buat pertama kali acara itu dengan penuh kemeriahan dan berjalan lancar pada ahad.  

"Sebenarnya sangat gembira bagi pihak MAM kerana ini adalah kali pertama dan kami berharap dapat meneruskan acara ini pada setiap tahun.

"Ada perkara yang perlu diperbaiknya tetapi keseluruhannya sangat baik, saya gembira dengan pasukan dan individu yang mengambil bahagian. Kami berharap mereka akan terus menyokong kami lagi tahun depan," katanya Datuk Mohammed Rhiza.







Dalam pada itu, pelumba rally berpengalaman negara, Karamjit Singh dan sahabatnya dari India iaitu Vivek Ponnusamy turut memuji usaha murni yang dilakukan pihak MAM ini kerana boleh melahirkan bakat baru dalam sukan itu. 

Tidak cukup dengan itu, Vivek turut meluahkan bahawa Malaysia mempunyai keunikan tersendiri apabila rata-rata orang masyarakatnya mesra dan mempunyai watak yang "gila-gila".

"Ini kali pertama selepas enam tahun baru ada rally, saya harap akan ada lebih banyak acara seperti ini seperti dahulu kala dan akan dapat cari pelumba yang baru," tambah Karamjit Singh.






"Paling menarik adalah masyarakat di sini, ia sangat baik dan merupakan sesuatu yang saya tidak pernah dapatkan di mana-mana negara di dunia ini. Malaysia adalah negara yang baik untuk menetap." tambah Vivek Ponnusamy.

Advertisement

Must Watch Video