Skip to main content

Sukan Lain

Pengalaman di Thailand pertingkat mutu permainan Syahir

syahir.jpg
Tekong utama negara, Mohd Syahir Rosdi, yakin pengalamannya selama sebulan bersama Kelab Tentera Laut Diraja Thailand mampu menambah baik corak permainannya bagi menghadapi Sukan SEA Ke-30 di Filipina.

Dalam Sukan SEA Singapura empat tahun lalu, acara berpasukan yang turut disertai Syahir menghadiahkan pingat perak manakala emas diraih Thailand. 

Bagaimanapun, dalam edisi Kuala Lumpur 2017, Syahir berjaya merangkul pingat emas menerusi acara regu menewaskan Filipina.

Syahir berpandangan perbezaan tahap saingan di Thailand dan Malaysia antara perkara jelas yang mampu membantu permainannya.

"Persaingan di Thailand yang sangat sengit memaksa saya untuk mempamerkan aksi terbaik berbanding di Malaysia,"

Skuad takraw negara bakal mengharungi kejohanan pertama mereka selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kunming, China.

Advertisement

Must Watch Video