Skip to main content

E-Sukan

Pendatang baru 'langgar' Todak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dxs.jpg
Perlawanan hari pertama di minggu kelima Liga Profesional Mobile Legend Bang-Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-15 menyaksikan pasukan DX Soul membuat kejutan selepas menewaskan Todak 2-1, sebentar tadi.

DX Soul bermula dengan langkah kanan pada pusingan pertama selepas aksi cemerlang ditampilkan pemain 'gold laner' mereka, Skyzed yang membantu pasukan itu mendapatkan kemenangan dalam tempoh 15 minit sekaligus diangkat menjadi Most Valuable Player Of The Match.

Bagaimanapun, Todak enggan menyerah diri terlalu awal dan kembali bangkit menguasai permainan di pusingan kedua untuk memberikan kemenangan mudah mengatasi DX Soul dengan keputusan 17-2.

Dalam perlawanan penentuan, pasukan DX Soul mengambil masa 17 minit untuk memenangi perlawanan ketiga dengan Sizkaa selaku Pemain Paling Bernilai (MVP) mempertaruhkan hero Benedetta yang berhasil mendapatkan 7 'kills', 7 'assists' dan 4 kematian.

DX Soul akan bertemu Team Rey manakala Todak akan menentang Team Aero pada 17 Mei ini.

Advertisement

Must Watch Video