Presiden Persatuan Muay Thai Malaysia (PMM), Dato' Shahnaz Azmi, menyarankan pempengaruh mendapatkan lesen tinju jika mahu menyertai sukan tempur.
Sukan tempur ketika ini menjadi pilihan diceburi barisan pempengaruh di peringkat antarabangsa mahupun di peringkat tempatan.
Bagaimanapun, sejauhmanakah tahap ketersediaan mereka untuk turun ke gelanggang? Nadi Weekend sempat bertemu Presiden PMM, Shahnaz untuk membincangkan mengenai perkara ini.
"Kami tidak menghalang mana-mana pempengaruh untuk menyertai sukan muay thai, namun kami mengutamakan keselamatan mereka yang bertanding di gelanggang," katanya.
"Jadi kami ingin mengeluarkan lesen untuk atlet-atlet yang mahu bertanding. Banyak ujian yang perlu dijalani mereka yang mahu bertanding.
"Dengan penyertaan pempengaruh untuk menyertai sukan muay thai ini adalah untuk mempromosikan sukan ini namun apabila melibatkan keselamatan, ia perlu dinilai dengan lebih terperinci."