"Hentikan permainan politik dalam badan induk ini," kata bekas timbalan presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Dr. S. Radha Krishnan, mengenai situasi panas menjelang mesyuarat agung tahunan (AGM) badan induk sukan para negara itu esok.
Kurang 24 jam sebelum berlangsungnya pemilihan exco penggal baru MPM, situasi kelihatan cukup tegang membabitkan dua calon presiden, Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Beliau selaku orang lama dalam persatuan berkenaan melihat situasi itu akan merugikan semua pihak dan terdapat kemungkinan ia didorong oleh kepentingan individu memandangkan sukan para negara seringkali menghadirkan kejayaan di peringkat antarabangsa.
"Jangan masukkan politik. Kalau anda membawa masuk politk ke dalam persatuan ini, nanti akan susah.
"Macam yang sedang berlaku ketika ini, ada orang yang tidak berpuas hati dan mahu menjatuhkan kepimpinan yang ada dalam MPM.
"Perkara seperti ini boleh berlaku tetapi janganlah membawa politik ke dalam badan-badan sukan," katanya.
Radha Krishnan kembali bertanding merebut jawatan lamanya itu bagi memperbetulkan arah tuju MPM selepas meletakkan jawatan pada 2015.
Baginya, perkara paling utama adalah untuk memastikan tiada sebarang insiden pergaduhan dan pertelingkahan selepas keputusan pemilihan diumumkan.
"Selepas terdapat pergaduhan yang menimbulkan kekecohan sewaktu pencalonan dan sebagainya, ia sesuatu yang tidak bagus untuk jangka masa panjang.
"Tujuan utama kita adalah untuk membangunkan sukan-sukan kelainan upaya.
"Jika terdapat pergaduhan dalaman, bagaimana kita mahu membangunkannya?
"Apa yang perlu diberikan tumpuan ialah kebajikan, persembahan dan latihan atlet.
"Banyak perkara yang perlu dilakukan," tambahnya.
Dalam pada itu, Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PPS) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, berkata siasatan yang dilakukan mendapati MPM telah terkhilaf berhubung tarikh tutup borang pencalonan yang disangkakan pada 15 Jun lalu.
Justeru, PPS mendapati berlaku ketidak-akuran dalam proses pencalonan tersebut -- yang sepatutya ditutup pada 14 Jun lalu -- dan keadaan itu tidak mengikuti peraturan dan syarat yang ditetapkan.