SUKAN LAIN
Pemilihan KOM: Karim kecewa gagal pertahan jawatan
Datuk Karim Ibrahim kecewa apabila manifestonya gagal meyakinkan ahli gabungan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) untuk mempertahankan jawatan presiden walaupun sudah merancang untuk mendapatkan penaja bagi atlet kebangsaan.
Bekas presiden itu terpaksa menerima keputusan 39 ahli gabungan KOM selepas segala perancangannya gagal meyakinkan mereka yang mahukan angin perubahan.
"Sejak awal-awal lagi, saya sudah katakan yang saya menyerahkan sepenuhnya kepada perwakilan dan saya rasa mereka sudah membuat keputusan terbaik dengan memilih Datuk Muthu.
Iklan
"Saya harap mereka semua akan memberikan sokongan kepadanya.
"Apa yang penting ialah kebajikan atlet," katanya.
Presiden baru, Datuk S. M. Muthu, akan bergandingan dengan timbalannya, Datuk Paduka Mumtaz Jaafar, untuk menerajui KOM hingga 2022.
"Kami kena kerja kuat sikit lagilah untuk prestasi dan kebajikan atlet.
"Kami perlu membantu mereka untuk mencapai sesuatu yang lebih tinggi," kata Mumtaz.
Must-Watch Video