Skip to main content

Sukan Lain

Pemergian Arie kehilangan besar buat sukan golf -- Shaaban

arie-irawan.jpg
Bekas pemain golf negara, Shaaban Hussin, menyifatkan pemergian pemain profesional, Muhammad Arie Irawan Ahmad Fauzi, sebagai satu kehilangan besar terhadap sukan itu memandangkan Allahyarham memiliki potensi besar untuk melangkah jauh.

Suasana hiba menyelubungi kediaman keluarga Arie di Ampang, Selangor, hari ini.

Beberapa bekas pemain golf, termasuk Shaaban, dan pegawai sukan negara hadir bagi memberikan penghormatan terakhir hari ini.

Ia satu kehilangan besar buat sukan golf negara memandangkan Allahyarham berpotensi untuk melangkah jauh selepas menjuarai Kejohanan Pemain Maybank pada 2014 dan 2017 selain dua sirkit Jelajah Pembangunan Asia pada 2015.

"Bagi saya, Arie merupakan seorang pemain yang berjiwa besar.

"Dalam sukan ini, dia benar-benar menyasarkan peringkat tertinggi.

"Dia mahu bermain sehingga ke Amerika (Syarikat).

"Sukan golf negara pasti merasai pemergiannya," katanya.

Arie meninggal dunia di bilik hotel ketika menyertai Kejohanan PGA Asia Siri China di Sanya, Ahad lalu.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Advertisement

Must Watch Video