Skip to main content

Sukan Lain

Pemenang pingat emas Olimpik 1936 meninggal dunia pada usia 98 tahun

adolph-kiefer-with-aaron-peirsol-in-2008_rb8iujmengp9z3qzbyr43fjy.jpg
Adolph Kiefer, ikon perenang Amerika Syarikat yang memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik 1936 di Berlin, meninggal dunia pada usia 98 tahun.

Majalah Swimming World melaporkan bahawa Kiefer meninggal dunia semalam di Wadsworth, Illinois.

“Tidak akan ada lagi individu seperti Adolph Kiefer,” kata Bruce Wigo, Presiden Dewan Kemasyhuran Perenang Antarabangsa melalui Swimming World.

“Tiada lagi bukan sahaja perenang dan ahli perniagaa, tetapi seorang yang lelaki yang budiman, suami dan bapa yang menjadi model serta inspirasi kepada generasi akan datang."

Berusia 16 tahun pada 1935, Kiefer merupakan perenang pertama untuk mencatatkan masa di bawah satu minit dalam acara 100 ela kuak lentang.

Pada tahun berikutnya, beliau melakar rekod dunia dalam acara 100 meter kuak lentang -- menjadikan dirinya sebagai prospek utama AS untuk meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik di Berlin.

Pada 14 Ogos 1936, Kiefer menewaskan rakan sepasukannya, Al Vande Weghe, dengan perbezaan dua saat untuk meraih pingat emas acara 100 meter kuak lentang dengan catatan masa 1:05.9 saat. 

Rekod itu kekal selama 20 tahun. Ketika di Berlin, Kiefer turut berpeluang untuk bertemu dengan tuan rumah temasya tersebut, Adolf Hitler.

Advertisement

Must Watch Video