SUKAN LAIN
Pemanah muda kejutkan Olimpian negara
Juara Sukan Malaysia (Sukma), Evan Rich Chong, mengejutkan Olimpian tiga kali, Khairul Anuar Mohamad untuk menghuni tangga teratas peringkat kelayakan recurve individu lelaki Kejohanan Memanah Podium Siri Kedua di Nilai, Negeri Sembilan.
Evan mencatatkan 666 mata mengatasi pencabar terdekat, Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli dengan kelebihan lapan mata sementara Khairul di tempat ketiga dengan 649 mata.
Pemanah kelahiran Sabah itu bijak membaca tiupan angin di Lapangan Memanah Nilai walaupun hadir sebagai pemanah bukan pilihan.
Iklan
Kedudukan itu bermakna Evan akan turun sebagai pilihan utama menjelang pusingan kalah mati, Ahad ini.
"Saya sangat gembira dengan prestasi hari ini. Ia merupakan persembahan terbaik dan ia hasil latihan yang baik," kata Evan.
"Saya berharap terpilih menyertai skuad kebangsaan dan saya mahu mengucapkan terima kasih kepada jurulatih."
Must-Watch Video