Skip to main content

Sukan SEA

Pemain profesional antara taruhan BAM

setiausaha-kehormat-bam,-datuk-ng-chin-chai.jpg
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hanya memilih pemain terbaik untuk ke Sukan SEA Filipina 2019, November depan tanpa mengira sama ada berstatus pemain BAM ataupun profesional selepas menyerahkan senarai barisan pemain kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM), hari ini.

Setakat ini, beregu profesional campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, sahaja yang mempamerkan aksi mantap dan konsisten apabila mencapai dua pentas separuh akhir, iaitu Terbuka Jepun dan Terbuka Indonesia, bulan ini. 

Walaupun sudah meninggalkan badan induk itu sejak Disember lalu, BAM tidak menafikan bahawa Peng Soon-Liu Ying antara yang harus dipertimbangkan bagi meraih pingat dalam Sukan SEA 2019. 

"Mereka dalam senarai pilihan kami dan ia sudah pun dibincangkan. 

"Kami menyenaraikan seramai 24 pemain lelaki sementara wanita 20 yang terdiri daripada ramai pemain profesional," ujar Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai.

Bagaimanapun, pemilihan pemain ke temasya Filipina 2019 agak sukar memandangkan mereka juga harus menumpukan perhatian kepada Jelajah Akhir BWF di Guangzhou, China, hujung November depan. 

"Jelajah Akhir merupakan sebahagian daripada kelayakan Sukan Olimpik 2020 dan dua hari dipisahkan dengan Sukan SEA. 

"Seandainya ada pemain yang dibelenggu kecederaan, maka kami tidak akan mempertaruhkannya dalam dua kejohanan.

"Kami akan bersedia apabila tiba masanya," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video