'Rising star in making', pemain golf professional meningkat naik negara, Ervin Chang, menyasar kedudukan podium pada Kejohanan Golf Terbuka Phuket Singha Laguna di Thailand pada 22 hingga 25 Mei ini.
Bertukar dari pemain amatur ke pemain golf profesional pada 2022, dia tidak menoleh ke belakang lagi apabila terus menngukir kemenangan demi kemenangan dan paling tidak dapat dilupakan -- Jelajah Toyota 2023 apabila merangkul kejuaraan Kejohanan Golf Piala Mirai di Sarawak dengan kemenangan menerusi enam stroke.
Ervin kini fokus meneruskan gaya permainannya yang tenang ketika berdepan tekanan, strategi permainan konsisten serta kematangan yang ditampilkan dalam setiap pukulan.
Untuk rekod, paling tidak dapat dilupakan apabila dia menjadi juara berganda dengan menjadi pemain golf pertama merangkul emas acara individu dan berpasukan sekaligus menjadikan namanya terus melebar sayap, kini dalam aksi profesional.
"Saya selalu ingatkan diri saya untuk tidak putus asa dengan apa yang saya ingin kecapi, dan ianya berhasil, lebih-lebih lagi apabila saya dapat bermain di Jelajah Golf Asia sekarang ini," kata Ervin.