Skip to main content

Sukan Lain

Pemain golf amatur negara menyinar di Batam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

golf-batam.jpg
Pemain golf amatur mengangkat maruah negara selepas mendominasi Boys A, Boys B dan acara berpasukan dalam Kejohanan Jemputan Amatur Antarabangsa Indonesia CWJPGA di Batam, semalam. 

Pasukan negara yang diperkuatkan oleh Program Pembangunan Remaja Kebangsaan dan Persatuan Golf Malaysia itu (MGA) membariskan Ajmal Amin di samping Maverick Chua, Ammar Aiman, Ammer Aiman dan Adif Haikal.

Mereka mengetepikan cabaran tiga lagi negara di Pal Spring Golf Club Batam itu yang menyaksikan Korea Selatan muncul naib juara disusuli tuan rumah dan China.

Dalam masa sama, penganjur kejohanan memasang impian untuk mengadakan 10 pertandingan lagi di rantau ini bagi menyemarakkan pembangunan golf terutama di peringkat remaja.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video