PERMOTORAN
Pelumba era 80an, Adi Haslam kini tinggal di gerai ayam penyet
Jika bercerita mengenai sukan permotoran, sudah pasti ramai yang tidak mengenali bekas pelumba permotoran negara yang bernama, Adi Haslam.
Adi Haslam dilahirkan pada Februari 1962 sebagai Cletus Anthony sebelum menukar nama kepada Cletus Adi Haslam bin Abdullah setelah memeluk Islam pada tahun 1986.
Membesar di Petaling Jaya dan minat pada sukan permotoran bermula pada usia remaja selepas kerap ke trek Batu 3, Shah Alam untuk menyaksikan idola-idolany aberlumba ke garisan penamat.
Iklan
Bakat yang dimiliki Adi menunggang jentera meraih perhatian sehingga berjaya membantu Adi beraksi dalam saingan Terbuka 125cc pada tahun 1979 ketika berusia 17 tahun.
Meraih kejayaan sebagai pelumba professional bermula tahun 1984 sehingga 1997, dengan deretan yang kejayaan diperoleh meletakkan Adi berada di puncak, namun musibah yang tidak diingini berlaku terhadap dirinya sehingga meragut karier sebagai pelumba motosikal.
Kejuaraan Motorcross Johor Siri 1997 menjadi detik hitam buat pelumba negara itu, kemalangan menimpa dirinya di trek Pasir Gudang hingga memaksa Adi lumpuh kedua kakinya dan terpaksa berkerusi roda hingga sekarang.
Selepas berkerusi roda, Adi masih aktif di bidang permotoran fokus dalam go-kart, car endurance, kejurulatihan, penasihat dan mentor.
Setelah dihubungi oleh Stadium Astro, Adi berkongsi bahawa perjalanan hidup 28 tahun di atas kerusi roda.
"Saya mengalami kemalangan ketika beraksi dalam pertandingan Motocross di Pasir Gudang, Johor.
"Ketika ini, saya sudah 10 tahun membuka gerai makan di Batu Caves dan sudah 28 tahun bergelar orang kelainan upaya (OKU).
"Saya juga hanya menetap gerai saya kerana tidak memiliki rumah selepas ibu saya meninggal dunia. Ramai yang tidak mengetahui namun itulah perkembangan saya sejak 10 tahun yang lalu.
Adi turut berkongsi, "Kehidupan ini harus diteruskan, ibu menjadi pendorong saya dan kini berjaya meneruskan kehidupan dengan perniagaan makanan di Batu Caves."
Melihat perkembangan sukan permotoran semasa, Adi kagum dengan sokongan yang diberikan sebagai segi latihan dan ibu bapa yang membantu untuk perkembangan pelumba baharu.
"Jika dibandingkan dengan dahulu, sokongan diberikan kepada pelumba negara untuk berkembang cukup meluas, persiapan awal yang dilakukan bermula pada usia 10 tahun dan sebaik mereka mencecah usia 16-17 tahun, mereka sudah mahir di atas jentera. Jadi ini adalah satu perkembangan yang cukup positif untuk sukan permotoran negara."
Must-Watch Video