Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: JDT sahkan kejuaraan ke-12 berturut-turut lebih awal

Liga Super

DPMM 0 JDT 3

Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) mendakap kejuaraan Liga Super ke-12 berturut-turut -- berbekalkan lima perlawanan lagi -- menerusi kemenangan 3-0 di laman DPMM, sebentar tadi.

Advertisement

Bayangan trofi kejuaraan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah mula menjadi realiti apabila Ager Aketxe meletakkan pelawat di depan pada minit ke-33 di sebalik dua jaringan lagi dibatalkan akibat ofsaid.

Begitupun, keceriaan Harimau Selatan itu tersentak seketika pada minit ke-55, berikutan sentuhan penyudah Jordan Murray sebelum jaringan itu dibatalkan selepas semakan ofsaid.

Penantian gol kedua JDT -- yang turun dengan rekod tanpa kalah dalam aksi Liga Super musim ini -- hadir melalui Oscar Arribas pada 20 minit kemudian dan kemasukan Marcos Guilherme sebagai pemain gantian menjadikan kedudukan 3-0.


Dan wakil dari Brunei itu bertambah tempang gara-gara Fairuz Zakaria dilayangkan kad merah untuk menyekat JDT meraikan kejuaraan. 
 

 

 

 

Must Watch Video