Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Peluang Suruhanjaya Atlet Malaysia ke depan

angkat-berat.jpg
Bekas badang negara, Firdaus Abdul Razak, meminta Suruhanjaya Atlet Malaysia membantu skuad angkat berat menghadapi kes doping selepas tiga atlet remaja gagal menghadiri proses pendengaran di Johor Bahru, Sabtu lalu.

Kes doping angkat berat menjadi peluang terbaik untuk Suruhanjaya Atlet Malaysia memperjuangkan nasib wakil negara kerana ramai atlet yang menghadapi kes doping tidak tahu prosedur sebenar.

Justeru, ini masa terbaik untuk mereka yang diketuai bekas atlet olahraga negara, Noraseela Khalid, bagi membantu rakan seperjuangan.

"Saya rasa ramai atlet yang tidak tahu kewujudan Suruhanjaya Atlet Malaysia.

"Ia adalah platform yang bagus buat suruhanjaya atlet untuk tampil ke depan dan menyelesaikan masalah ini dengan pantas dan lebih baik," kata Firdaus.

Suruhanjaya Atlet Malaysia ditubuhkan pada 2009, namun tidak aktif dan hanya dihidupkan kembali pada 2015.

Tiga atlet remaja angkat berat negara yang terlibat diberi tempoh seminggu untuk mengemukakan surat tunjuk sebab mereka tidak hadir ke proses pendengaran bagi menjawab pertuduhan kes positif doping bahan jenis Stanozolol.

Jika didapati bersalah, mereka berdepan hukuman penggantungan empat tahun.

Advertisement

Must Watch Video