Skip to main content

Sukan

Peluang bersosial, berada dalam komuniti sihat -- lakukan aktiviti jogging, atau outdoor run

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

run.jpg
Tidak dinafikan memang berat betul nak memulakan aktiviti sihat. Lebih-lebih lagi dengan gaya hidup moden yang serba pantas ditambah lagi dengan kesibukan seharian dan kalau macam saya memang ditugaskan berada di depan skrin. Aktiviti jogging bukan je penting tapi dah jadi macam keperluan. 

Semestinya jogging di kawasan terbuka memberi kelebihan tersendiri dari segi fizikal, mental dan sosial. Aktiviti jogging juga boleh menjadi sosial. Macam saya lebih suka lakukan aktiviti outdoor run. 

Tapi kalau buat seorang diri rasa susah dan mungkin sukar semangat tu nak datang. 

Ada solusi sebenarnya, berlari bersama rakan, pasangan, atau menyertai kumpulan komuniti larian tempatan boleh meningkatkan semangat dan motivasi. 

Komuniti sebegini biasanya positif, menyokong dan saling mendorong untuk mencapai matlamat sihat bersama.

Baru-baru ini saya menyertai satu kumpulan komuniti larian tempatan diberi nama Kelana Jaya Run Club. Bagaimana ia berhasil? Setiap minggu kelas dilakukan dalam dua atau tiga hari dengan set yang berbeza. 

Percayalah bila berlari bersama kumpulan, semangat hadir lain macam dan kadar nak melakukan penambahbaikan terhadap 'personal best' anda lebih melonjak dengan bimbingan orang yang lebih berpengalaman. 

Ada banyak golongan yang sertai -- kategori peserta yang baru nak mula berlari sehingga ke otai. Yang penting, kemasukan adalah percuma dengan konsep 'no one left behind'! 

Semua golongan dialu-alukan tidak kisah baru atau dah lama berlari, tua atau muda. Saya dah cuba memang best! Jadi anda bila nak mula? 

Mulakan dengan perlahan, cari laluan yang sesuai, dan biarkan setiap langkah membawa anda ke versi diri yang lebih baik. 

Advertisement

Must Watch Video