Tiket Sukan Olimpik Tokyo 2020 belum cukup memuaskan nafsu pelayar negara, Khairulnizam Mohd Afendy, yang merangka strategi untuk merampas pingat emas jaguh Korea Selatan, Ha Jae-min, dalam aksi terakhir acara laser standard Sukan Asia, esok.
Khairul mengumpul 23 mata selepas 11 perlumbaan di Pusat Pelayaran Antarabangsa Jakarta, ketinggalan 1.2 mata di belakang Jae-min yang memburu emas hatrik Sukan Asia.
Pelayar kelahiran Kedah itu sudahpun layak ke Olimpik Tokyo kerana sudah menggenggam sekurang-kurangnya pingat perak tetapi ia tidak cukup memuaskan hatinya.
"Malaysia masih belum memenangi pingat dalam acara laser standard. Kemenangan ini akan menjadi sesuatu yang sangat bermakna buat kontinjen negara," kata Khairulnizam.
"Jae-min adalah seorang pelayar yang berkualiti tetapi saya telah berusaha untuk merapatkan kedudukan dalam setiap perlumbaan. Saya akan berusaha untuk menafikan hasratnya untuk meraih emas ketiganya dalam acara ini," ujarnya.