Skip to main content

Sukan Lain

Pelayaran Laser Dunia: Khairulnizam mahu manfaat angin kencang

khairulnizam.jpg
Keadaan angin kencang yang boleh mencecah 10 knot akan dimanfaatkan oleh pelayar negara, Khairulnizam Afendy, untuk mencatatkan rekod baru dalam Kejohanan Laser Dunia di Australia bermula Selasa ini.

Pelayar negara itu cukup menggemari tiupan angin kencang dan sudah mula membiasakan diri dengan keadaan itu sejak tiba di Melbourne minggu lalu.

Dia akan memanfaatkan kelebihan itu untuk memperbaiki pencapaian terbaiknya selepas menduduki tangga ke-55 dalam edisi tahun lalu.

"Cabaran kali ini adalah angin yang agak kuat di Melbourne.

"Ombak agak besar, jadi saya harap dapat menyesuaikan diri dengan cepat.

"Situasi itu agak bagus buat saya dan sasarannya adalah untuk melakukan yang terbaik bagi melayakaan diri ke perlumbaan (penentuan) emas," katanya.

Sebagai rekod, Khairulnizam, 29, belum pernah layak ke perlumbaan akhir Kejohanan Laser Dunia, namun sudah menempah tempat dalam Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.



Editor: Muzaffar Musa

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found