Pelayar negara, Muhammad Fauzi Kaman Shah, hanya menunggu Jumaat ini untuk dikalungkan pingat emas acara kelas terbuka laser 4.7 selepas jauh meninggalkan pencabar terdekat dari China dengan hanya berbaki satu perlumbaan.
Selepas mengharungi 11 perlumbaan di Pusat Pelayaran Antarabangsa Jakarta, Fauzi mendahului saingan dengan berbaki tiga perlumbaan.
Jurang di antara dirinya dan pencabar terdekat dari China, Wang Jianxiong, menyaksikan pingat emas seakan-akan sudah di dalam genggaman Malaysia.
"Saya sangat selesa kerana sebelum perlumbaan terakhir, saya berjaya menjarakkan kedudukan dengan pelumba lain," kata Fauzi.
"Untuk perlumbaan terakhir, saya akan cuba yang terbaik untuk meraih lebih banyak mata.
"Kejayaan ini amat bermakna kerana saya tampil buat kali pertama dalam Sukan Asia."
Sementara itu, Khairulnizam Mohd Afendy telah memastikan dirinya melangkah ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara laser standard apabila memastikan berada dalam kalangan dua pelayar terbaik menjelang perlumbaan terakhir.
Khairulnizam, yang kini di belakang pelayar Korea Selatan, Ha Jee-Min, meletakkan sasaran untuk meraih pingat emas buat kontinjen negara dalam saingan Sukan Asia kali ini.
"Misi untuk layak ke Tokyo 2020 sudah tercapai. Pingat perak sudah pasti diraih dan saya akan berusaha untuk meraih pingat emas untuk Malaysia," katanya.
"Bagi saya, emas ini amat penting kerana ia adalah pingat yang masih belum saya raih dalam edisi Sukan Asia. Saya berharap dapat melakukan yang terbaik."