SKUASY

Pelapis sukan skuasy negara dalam pembikinan

Stadium Astro
Saufi Tahir
09/02/2025
11:21 MYT
Sponsor Banner
Pelapis sukan skuasy negara dalam pembikinan
Kemenangan bersih menjadi bukti buat Nik Izz Dameer Norifaizal bersinar satu hari nanti dengan menyaksikan 100% penguasaan sejak pusingan pertama bagi membawa gelaran pertama musim ini.
Nik Izz berasal dari Kelantan berjaya merangkul kejuaraan CIMB Rising Star National Junior Circuit selepas menewaskan lawan dari kedah, Syed Mohd Arash Adamsa, 11-4, 11-7, 11-6 dalam aksi final, hari ini.
"Perlawanan tadi sengit saya berterima kasih kepada jurulatih dan keluarga, walaupun susah tetapi saya berjaya bergelar juara. Harapan saya untuk beraksi di Sukan Malaysia (Sukma) dan Sukan Olimpik nanti," katanya kepada wartawan Nadi Weekend, Najmi Iman.
Dalam pada itu, perwatakan pemalu dan rendah diri tidak menghalang Maya Louis mempamerkan persembahan terpuji selain mendapat perhatian penyokong yang hadir di Kompleks Sukan Tan Sri Datuk Hj Mohd Said, Seremban 2, Negeri Sembilan gara gara aksi sengit yang ditampilkannya.
Menurut ibunya, Julia Louis, dia mahu anaknya mengikuti jejak langkah legenda skuasy negara, Datuk Nicol Ann David, kerana sudah menceburi bidang itu sejak berumur 2 tahun.
"Dia bekerja keras dan suka berlatih, dia mula bermain seawall usia satu tahun lebih dan kini sudah lapan tahun dan dia masih menikmati.
"Impian saya buat dia adalah untuk dia menjadi seperti Nicol David." tambah Julia Louis
Topic Berkaitan
Must-Watch Video