Skip to main content

Sukan Lain

Pelantikan Dr. Wirdati buka lembaran baru sukan di Malaysia -- MOM

norza-zakaria_1.jpg
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengharapkan Profesor Madya Dr. Wirdati Mohd Radzi menggunakan perspektif berbeza sebagai Pesuruhjaya Sukan (PJS) berikutan beliau tidak memiliki pengalaman sebagai bekas atlet seperti Datuk Zaiton Othman.

Presiden MOM, Datuk Seri Norza Zakaria, melihat pelantikan Dr. Wirdati sebagai satu kelebihan dalam usaha menangani polemik berpanjangan yang membabitkan persatuan sukan.

Status sebagai orang asing dalam sukan Malaysia juga berupaya mengurangkan sebarang sentimen peribadi yang berkemungkinan menyukarkannya untuk melaksanakan keputusan sukar.

"(Sukan) kita dalam keadaan yang mencabar ketika ini berikutan ada beberapa persatuan yang menghadapi masalah dalaman. 

"Saya harap kes ini dapat diselesaikan segera. Saya berasakan akan ada pendekatan terbaru dalam ekosistem (pelaksanaan PJS).

"Saya yakin beliau boleh menjadi seorang yang (memiliki kredibiliti) objektif sebagai orang baru dalam industri (sukan)," katanya ketika ditemui di Institut Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari ini. 

Dalam masa sama, Norza menegaskan persiapan pihak persatuan untuk menghadapi Sukan SEA Filipina 2019 dari 30 November hingga 11 Disember depan perlu berlandaskan kepada tarikh temasya yang ditetapkan.

Saranan itu diutarakan di sebalik pelbagai khabar angin daripada kem penganjur yang berusaha memulihkan imej negatif.

"Apa yang berlaku di peringkat persatuan tidak membawa kesan besar kerana mereka sedar apa yang berlaku hanyalah di peringkat mereka. 

"Perancangan persatuan daripada segi latihan seperti yang dibincangkan bersama-sama dengan pemegang taruh seperti Majlis Sukan Negara (MSN) dan MOM berjalan lancar setakat ini," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video