Skip to main content

Sukan Lain

Pelajar Sekolah Menengah Sains Johor mati mengejut akibat pendarahan dalaman otot pinggul kanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

muhammad-fauzan-mohd-sulaiman.jpg
Pelajar Sekolah Menengah Sains (SMS) Johor, Muhammad Fauzan Mohd Sulaiman, 16, disahkan meninggal dunia kerana pendarahan dalaman otot pinggul ketika menyertai Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan 2025 di Ipoh, semalam. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, bercakap kepada pemberita selepas bedah siasat itu dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) semalam dan mengklasifikasikan Kes diklasifikasi kejadian tersebut sebagai mati mengejut (SDR).

Penolong pegawai perubatan bertugas pada awalnya mengesyaki mangsa terkena sawan berikutan keadaan badan mangsa menggigil dan kejang selepas rebah di hadapan khemah sekitar jam 10.30 pagi ketika menunggu untuk memasuki ke padang bagi aksi separuh masa kedua di antara pasukan SMS Johor dengan SMS Rembau. 




Mangsa turut diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dan disahkan meninggal dunia jam 11.18 pagi semalam.

"Satu kertas siasatan laporan mati mengejut dibuka. Hasil dari bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan 'exsanguination from PSOAS muscle tear' (pendarahan dalaman otot pinggul kanan).

"Temubual awal dengan pengadu mendapati si mati tidak menunjukkan apa-apa tanda sakit sebelum bermain ragbi di separuh masa pertama," katanya.



 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video