Skip to main content

Olimpik

Pei Jing yakin raih slot ke Tokyo

peijinh.jpg
Di sebalik cabaran demi cabaran yang penuh ranjau dan berliku, pemain beregu campuran negara, Lai Pei Jing, kekal optimis bahawa peluang masih terbuka buat pasangan ketiga terbaik Malaysia itu untuk memburu slot ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dengan tempoh yang semakin singkat, Pei Jing mengakui perlu mempunyai mental yang cekal serta tidak menafikan kelebihan memihak kepada gandingan profesional, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying, yang berada di ranking lebih baik.

Baginya, itu merupakan titik permulaan mereka menempuh cabaran akan datang dan enggan meletakkan ia sebagai tekanan.

"Saya berasakan setiap pemain memiliki peluang ke Tokyo. Perkara paling penting adalah mengawal tekanan dan mentaliti ketika beraksi dalam kejohanan," katanya.

"Masih berbaki tujuh atau lapan bulan, saingan masih terbuka dan mereka harus bersaing mendapatkan slot ke Tokyo," kata jurulatih beregu negara, Chin Ee Hui.

Sementara itu, Pei Jing bertekad menebus maruah negara dalam Kejohanan Terbuka Denmark yang akan bermula 15 Oktober ini apabila tersingkir awal dalam dua saingan berturut-turut dalam Terbuka China dan Korea, bulan lalu.

"Dua kejohanan yang lalu menyaksikan kami terlalu memberikan tekanan kepada kemampuan diri sendiri dan kami sudah mula mengenal pasti kelemahan bagi menghadapi saingan seterusnya," kata Pei Jing lagi.

Advertisement

Must Watch Video