Skip to main content

Sukan Lain

PCL-ACL: Pembunuh karier atlet (bahagian 1)

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aclpcl.jpg
Tempoh karier atlet negara dapat dipanjangkan hingga mencecah 40 tahun bagi sukan yang menuntut faktor fizikal ekoran kemajuan teknologi dan perubatan sains sukan, berbeza dengan sesetengah atlet era 90-an yang terpaksa memendekkan karier malah dihantui kecederaan selepas bersara.

"Saya tidak boleh berlari dalam tempoh yang lama kerana kecederaan PCL yang dialami pada 1997 mula memberikan kesan," kata bekas kapten hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi.

Ada yang mengatakan, Sydney 2000 tidak akan menjadi Sukan Olimpik terakhir skuad hoki negara jika Mirnawan tidak bersara pada 2002.

Selepas 16 tahun bersara, bekas penyerang terbaik dunia ini tidak mendapat melakukan aktiviti lasak, lututnya tidak sekuat seperti dulu.

Atas faktor itu, Mirnawan tidak pernah lagi memegang kayu hoki.

"Jika zaman sekarang, teknologi perubatan sains sukan lebih menyeluruh berbanding sebelum ini. Jika saya didedahkan lebih meluas, saya mungkin melakukan pembedahan," kata Mirnawan lagi.

Posterior cruciate ligament atau PCL merupakan salah satu daripada empat ligamen utama lutut.

Fungsinya mengikat tulang fibia dan femur -- sama seperti Anterior cruciate ligament (ACL).

Atlet banyak terbabit dengan daya hentakan dan pergerakan pantas seperti bola sepak, hoki dan bola keranjang berdepan risiko tinggi cedera PCL.

Salah seorang bekas atlet yang mengalami kecederaan ACL ialah bekas pemain ragbi negara dan bekas pengendali skuad ragbi 15's negara, Lee Nyuk Fah.

"Masalah lutut yang berpunca daripada empat pembedahan dan saya tidak menjalani proses pemulihan yang lebih menyeluruh dan ia menjejaskan lagi keadaan lutut saya," kata Nyuk Fah.

Apa yang menarik, kedua-dua bekas atlet ini berkongsi persamaan iaitu bersara pada awal 30-an.

Persoalannya, apakah punca mereka tidak merawat kecederaan hingga benar-benar pulih?

"Saya mengambil keputusan untuk memulihkan kecederaan saya secara semula jadi," tambah Mirnawan.

"Saya memilih untuk kembali berlatih terlalu awal hingga menambah lagi kesakitan yang dialami," ujar Nyuk Fah.

Advertisement

Must Watch Video