Skip to main content

Sukan Lain

Pasukan saya simbolik perpaduan - Zambry

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

15817mbteam.jpg
Pasukan Bolasepak Menteri Besar Perak (MB team) berpuas hati seri 1-1 dengan pasukan pelawat PC Rangers (veteran) dari Hong Kong di Padang Kelab Rekreasi Ipoh (PCRC) semalam. 

Bagi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, perlawanan persahabatan ini berjaya mencapai matlamatnya untuk melihat sukan sebagai agen perpaduan kaum diperingkat nasional dan global.

"Perlawanan hari ini begitu baik.  Sama-sama kuat.  Turun dengan semangat setia kawan dan persahabatan.  Bukan menang atau kalah menjadi percaturan", ujar Zambry yang turut bermain.

Tambah beliau, "pasukan MB team kini lebih dikenali dan simbolik kerana pemain dibarisi pelbagai kaum dan bangsa termasuk pemain orang asli. Ini melambangkan asas perpaduan di sini (Perak)".

Menyentuh perlawanan tadi, Zamry berkata, "perlawanan yang baik melawan veteran Hong Kong. PC Rangers turut menurunkan pemain-pemain muda yang mewakili Liga Super di sana. Manakala Pasukan MB Perak terdiri daripada pemain pilihan dan bekas pemain Perak", ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video