Jurulatih hoki dalam air bawah 19 tahun negara, Wong Hou Yi menyifatkan bahawa anak buahnya telah memberikan segala-galanya di dalam aksi pusingan akhir Intercontinental Championship Asia/Oceania Underwater Hockey yang telah diadakan di SkyArena Sports Complex pada Sabtu.
Walaubagaimanapun, Hou Yi menjelaskan bahawa masih banyak ruang yang perlu diperbaiki anak buahnya terutamanya di dalam aspek serangan dan pertahanan yang diakui lebih dikuasai oleh pasukan China bawah 19 tahun.
Menggunakan taktikal dua lawan satu di aksi final sepatutnya berjaya membuahkan hasil, namun negara tembok besar itu sudah bersedia dengan perubahan taktikal skuad kebangsaan untuk skuad hoki air negara terpaksa berpuas hati dan akur dengan pingat perak setelah tumpas 2-4 di tangan China.
"Semua pasukan mempunyai pelan dan strategi yang tersendiri. Anak buah sudah memberikan segalanya pada awal perlawanan, namun di akhir perlawanan mereka nampak sudah kekurangan stamina. Oleh itu, mereka perlu perbaiki dari segi kecergasan."