Undian untuk menentukan pasukan mana yang akan menjadi halangan terakhir Malaysia untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan diketahui 9 September ini menerusi Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) di Lausanne, Switzerland.
Undian oleh FIH bagi aksi kelayakan hoki Sukan Olimpik itu akan dijalankan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FIH, Thierry Weil, dan bersiaran langsung di Facebook FIH pada tengah hari waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh FIH, sebanyak 14 pasukan lelaki dan 14 pasukan wanita akan terlibat dalam undian itu bagi melengkapkan 14 pasukan dalam temasya Tokyo 2020 dari 25 Julai hingga 7 Ogos tahun depan.
Aksi kelayakan hoki Sukan Olimpik itu akan menampilkan dua pasukan, yang akan berentap dalam dua perlawanan timbal balik, dengan negara-negara diundi menentang satu sama lain berdasarkan ranking masing-masing selepas selesai Kejohanan Antara Benua 2018/2019, iaitu Piala Oceania (8 Sept).
Undian akan dijalankan dengan tiga pasukan ranking teratas diundi secara rawak untuk beraksi di gelanggang sendiri menentang salah sebuah pasukan yang berada di ranking 12 hingga 14 sementara pasukan di ranking keempat hingga ketujuh akan diundi untuk beraksi di venue sendiri untuk menentang salah sebuah pasukan yang berada di ranking kelapan hingga ke-11.
FIH akan mengesahkan semua pasukan yang terlibat dalam undian itu serta kedudukan ranking terkini pada 8 September, sejurus selesai Piala Oceania.
Sama ada Australia atau New Zealand akan layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 sebagai juara Piala Oceania, kumpulan “pasukan tuan rumah” akan dikurangkan daripada lapan kepada tujuh pasukan pada 8 September.
Sementara itu, pasukan-pasukan berikut pula telah pun layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 selaku juara kejohanan antara benua masing-masing: Argentina (lelaki dan wanita), Afrika Selatan (lelaki dan wanita), Belgium (lelaki) dan Belanda (wanita).
Mereka akan disusuli pemenang Piala Oceania -- lelaki dan wanita -- yang akan berlangsung di Rockhampton, Australia dari 5 hingga 8 September.
Jepun (lelaki dan wanita) menjuarai kejohanan antara benua pada 2018 dan telah pun layak sebagai negara penganjur.
Perlawanan pusingan kelayakan hoki FIH dijadualkan dari 25 hingga 27 Oktober dan dari 1 hingga 3 November sambil jadual sebenar perlawanan akan disahkan selepas undian pada 9 September.
Senarai pasukan yang layak dalam pusingan kelayakan hoki Sukan Olimpik FIH berdasarkan kedudukan ranking terkini:
Pasukan Lelaki:
Pasukan tuan rumah -- Australia, Belanda, India, Jerman, Great Britain, Sepanyol, New Zealand dan Kanada
Pasukan lawan -- MALAYSIA, Perancis, Ireland, Korea, Pakistan, Austria dan Mesir
Pasukan Wanita:
Pasukan tuan rumah -- Australia, Jerman, Great Britain, Sepanyol, New Zealand, Ireland, India dan China
Pasukan lawan -- Korea Selatan, Belgium, Amerika Syarikat, Kanada, Itali, Chile dan Rusia
-- BERNAMA