Skip to main content

Olimpik

Paris 2024: Sekadar poster 'fan-made'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

olimpik-atlet.jpg
Poster yang dimuat naik seorang pengguna di aplikasi X dikenali Giarc Nibisna itu menerima kecaman orang ramai ekoran rekaan yang dianggap seperti senarai orang dikehendaki.

Kesemua 26 gambar pasport atlet yang mewakili negara ke Paris disusun dalam satu poster berlatarkan belakang warna putih.

Bagaimanapun, menerusi satu laporan akhbar tempatan, pengguna yang memuat naik gambar itu memberitahu ia bukanlah keluaran rasmi mana-mana pihak seperti yang disalah tafsir oleh orang ramai.

“Ya betul itu bukan poster rasmi. Hanya ‘fan-made’ (buatan peminat),” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Salah faham yang ditimbulkan itu turut dikaitkan dengan Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sehingga pihak-pihak tersebut menerima kecaman bertubi-tubi daripada peminat sukan tanah air.

Difahamkan, gambar-gambar pasport kontinjen negara di dalam poster tular itu diambil daripada laman sesawang rasmi Olimpik Paris 2024 yang diguna pakai dalam ‘accreditation card’ (kad akreditasi) setiap atlet.

Advertisement

Must Watch Video