Skip to main content

Sukan Lain

Paris 2024: Pernah jadi gelandangan, ibu Ivan Puskovitch kumpul dana demi realiasi impian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ivan-pat.jpg
Kisah Ivan Puskovitch sekeluarga yang pernah menjalani gelandangan tetapi akhirnya mencapai impiannya untuk layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 tercapai. 

Puskovitch menerima perhatian ramai selepas rayuannya untuk melihatnya mewakili Amerika Syarikat dalam acara 10km renang maraton dalam temasya di Eropah ini terlaksana setelah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak $29,000 (RM129,469).

Lantas, Puskovitch menyifatkan ibunya, Robyn Rabinovitch, sebagai sudah cukup berkelayakan untuk menyaksikan renangannya dengan mata kepalanya sendiri atas keperitan yang telah dilaluinya. 

Rabinovitch bersusah payah demi memastikan anak muda yang kini berusia 23 tahun itu mendapat pendidikan khas memandangkan keistimewaannya di dalam kolam renang. 

Satu pagi pada 2017, penglihatan ibunya terjejas sebaik bangun daripada tidur. Sejak itu, nasib keluarga mereka berubah apabilal terpaksa berpindah randah. 

"Kami terpaksa bermalam di kereta yang berbeza. Mungkin juga di ruang bawah rumah kenalan keluarga kami atau menginap di hotel selama beberapa sekiranya kami mampu," kata Puskovitch. 

Malah, ibunya tidak ragu-ragu untuk memastikan perut anak-anaknya terisi tetapi perlu mengorbankan rawatannya. 








Dalam masa sama, Puskovitch turut menunjukkan kecemerlangannya dengan memenangi beberapa kejuaraan hingga ditawar untuk melanjutkan pelajaran University of Southern California.

Dan Februari lalu, Puskovitch layak ke Paris 2024 apabila menduduki tangga ke-14 dalam Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar.
 

Advertisement

Must Watch Video