Sekalipun diundi dalam kumpulan maut di Olimpik Paris 2024, kem badminton negara percaya beregu wanita, Pearly Tan/M. Thinaah berupaya mencipta keajaiban.

Tetapi dengan syarat perlu tampil persis dengan prestasi ketika Terbuka Indonesia 2024 Jun lalu yang merupakan aksi kompetitif terakhir mereka.

Meskipun menamatkan kempen terbuka Indonesia di suku akhir, Pearly dan Thinaah disifatkan sudah menemui sentuhan sebenar sebelum tewas sengit di tangan nombor satu dari China, Chen Qing Chen/Jia Yifan.




"Kita bercakap tentang empat atlet untuk beregu ini, kita sudah maklum Pearly/Thinaah mempunyai prestasi yang cukup baik di Terbuka Indonesia.

"Di mana mereka hampir menang ke atas pasangan China. Saya rasa mungkin mereka bakal dianggap sebagai 'underdog' di Kumpulan A.

"Mereka dia mampu bermain jika tidak terlalu berfikir tentang tanggapan orang terhadap mereka.

"Saya hanya mahu mereka main bersama apa yang mereka dibekalkan. Selepas dari itu(Terbuka Indonesia) mereka mempunyai perkembangan yang cukup positif dan mampu untuk berikan lebih baik," kata Pengarah Kejurulatihan BAM/ABM, Rexy Mainaky.