Skip to main content

Sukan Lain

Paris 2024: Mislawchuk muntah teruk tertelan air Sg Seine

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tyler-mislawchuk.jpg
Mutu Sungai Seine masih diragui selepas seorang peserta Sukan Olimpik Paris 2024 muntah di kaca televisyen semalam selepas berenang di ibu kota Perancis itu. 

Atlet triatlon Kanada, Tyler Mislawchuk, yang baru sahaja melepasi garisan penamat selepas berenang sejauh satu batu di sungai berkenaan.

Selepas lebih seabad, Sungai Seine telah diharamkan kerana berisiko dijangkiti penyakit jika tertelan air yang tercemar dengan tahap E.coli yang tinggi.

Begitupun, tuan rumah itu tetap bertagas untuk menganjurkan acara renang maraton dan triatlon di venue tersebut. 




Mislawchuk merupakan antara sebilangan peserta yang dilihat bergelut selepas menamatkan acara triatlon yang merangkumi berenang sejauh 1.5 km, menunggang basikal 40km dan larian 10km.

Tetapi warga Kanada itu -- yang menamatkan saingan di tempat kesembilan -- merupakan satu-satunya atlet yang dilihat muntah teruk di sebalik kualiti air dan suhu panas di sana ketika ini. 

Advertisement

Must Watch Video