Skip to main content

Tenis

Paris 2024: Kerber hampakan Osaka ke pusingan kedua

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kerber.jpg
Angelique Kerber melangkah ke pusingan kedua perseorangan tenis wanita Sukan Olimpik Paris 2024 dengan kemenangan straight set ke atas Naomi Osaka, awal pagi tadi. 

Dalam kejohanan terakhirnya, pemain Jerman itu cemerlang memperoleh kemenangan 7-5, 6-3 dalam masa 69 minit sahaja yang menyaksikan hujan melanda gelanggang Roland Garros di penghujung permainan. 

Osaka bermula dengan garang apabila mendahului 3-1, tetapi Kerber bangkit mengatur permainannya dan melakukan break dalam game kedua.

 

Kedua-duanya memiliki peluang seimbang sebelum Osaka bergelut untuk mengekalkan tahap permainannya, malah dua kali kehilangan servisnya untuk Kerber melanjutkan empat kemenangan ke atasnya. 

Kerber bakal menentang Jaqueline Cristian dari Romania dalam pusingan kedua.

Advertisement

Must Watch Video